Pemahaman Spektrum

Antara Ciri-Ciri Autisme

Setiap individu autistik adalah unik. Berikut antara ciri yang boleh membantu kita memahami mereka dengan lebih baik

Komunikasi Sosial

Individu autistik mungkin menunjukkan kesukaran memulakan atau mengekalkan perbualan, kurang membuat hubungan mata, dan tidak memberi respon apabila nama dipanggil.

Interaksi Sosial

Individu autistik mungkin sukar memahami emosi orang lain, lebih selesa bersendirian, dan kurang minat dalam aktiviti berkumpulan.

Tingkah Laku Berulang

Individu autistik mungkin menunjukkan tingkah laku berulang seperti mengepakkan tangan, berpusing, menyusun objek, dan sangat terikat pada rutin harian.

Kepekaan Deria

Individu autistik mungkin sangat peka terhadap bunyi, cahaya, tekstur atau suhu, dan ada yang kurang peka terhadap kesakitan atau sentuhan.

Kekuatan Dan Minat Khusus

Individu autistik sering menunjukkan minat mendalam terhadap topik tertentu dan memiliki bakat luar biasa dalam bidang seperti muzik, seni, matematik atau teknologi.

Scroll to Top