NGO Berdaftar Peringkat Kebangsaan
Bersama Membina Dunia Mesra Autisme
Kami menyokong individu autistik, keluarga, penjaga, pendidik dan komuniti untuk membina ruang yang lebih inklusif, menghormati dan mudah diakses.
Tentang Kami
Sokongan yang berpaksikan maruah, suara dan penyertaan
Persatuan My Autism Kebangsaan diwujudkan untuk menyokong usaha komuniti autisme di Malaysia. Kami mengiktiraf bahawa pengalaman autisme adalah pelbagai, dan setiap individu berhak didengar, dihormati serta disokong mengikut keperluan mereka.
Akses kepada sokongan
Kami mahu membantu keluarga dan individu mengenal pasti laluan kepada maklumat, jaringan dan sokongan yang lebih mudah dicapai.
Kefahaman masyarakat
Kami menggalakkan perbualan yang tepat, empati dan bebas stereotaip tentang kepelbagaian neuro.
Hak dan advokasi
Kami menyokong suara individu autisme dan keluarga dalam usaha memperjuangkan penyertaan serta hak yang bermakna.
mulakan di sini
Bagaimana kami boleh membantu?
Dapatkan Sokongan
Cari maklumat, kongsi pertanyaan dan kenal pasti langkah seterusnya yang sesuai untuk anda.
Sertai Program/Event
Terokai program pembelajaran, kesedaran, advokasi dan aktiviti komuniti.
Buat Sumbangan
Sokong usaha komuniti melalui sumbangan, perkongsian atau masa anda.
program kami
Program rasmi untuk belajar, sedar dan menyumbang
Bimbingan untuk Parents — Tuah Academy
Tuah Academy memberi bimbingan, ilmu dan sokongan praktikal kepada ibu bapa atau penjaga dalam memahami, menyokong dan membina masa depan anak autistik.
- Parents dan penjaga anak autistik
Awareness — Positif Autisme
Program bersama Positif Autisme untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autisme dari kaca mata autistik dewasa, lived experience dan suara autistik.
- Individu autistik, masyarakat, komuniti dan sokongan
Pemerkasaan Masa Depan — Project Autism Factory
Project Autism Factory membawa visi untuk melihat individu autistik sebagai human capital/modal insan yang mempunyai potensi, bakat dan sumbangan kepada masyarakat serta masa depan.
- Individu autistik remaja dan komuniti sokongan
JEJAK IMPAK
Pencapaian & Impak Komuniti
Statistik rasmi yang mencerminkan komitmen dan jangkauan sokongan persatuan kepada komuniti autisme di Malaysia.
500+
Ibu bapa, penjaga, dan individu autistik yang menerima sokongan atau bimbingan langsung.
25+
Program kesedaran, latihan Tuah Academy, dan sesi sokongan komuniti yang telah dijalankan.
15+
Organisasi, rakan kerjasama Positif Autism, sekolah, dan rakan korporat yang menjalin kerjasama.
Program pilihan
Belajar, bertemu dan bergerak bersama
Ruang sokongan keluarga
Ruang perbualan dan perkongsian maklumat untuk keluarga serta penjaga.
Bengkel untuk pendidik
Pembelajaran tentang amalan bilik darjah yang lebih inklusif dan peka.
Suara komuniti
Inisiatif kesedaran yang menonjolkan pengalaman dan kepelbagaian komuniti.