Dapatkan Sokongan
Anda tidak perlu mencari maklumat seorang diri
Keluarga, individu autistik, penjaga, pendidik dan komuniti boleh menggunakan ruang ini untuk bertanya dan mendapatkan maklumat umum.
Pilih laluan anda
S1: Apakah itu Autisme?
Jawapan: Autisme (atau Autism Spectrum Disorder) ialah kepelbagaian perkembangan neuro (neurodiversity) yang mempengaruhi cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi, dan memahami persekitaran sekeliling. Setiap individu autistik mempunyai keunikan dan keperluan sokongan yang berbeza.
S2: Adakah autisme boleh diubat?
Jawapan: Autisme bukanlah satu penyakit, dan tidak ada "ubat" untuk menghilangkannya. Dengan sokongan, latihan, dan pemahaman persekitaran yang betul, individu autistik dapat berkembang mengikut potensi diri mereka.
S3: Bagaimana cara untuk menyertai program sokongan keluarga?
Jawapan: Anda boleh tekan butang dibawah untuk pendaftaran bengkel dan sesi perkongsian terdekat.
S4: Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai ahli Persatuan My Autism Kebangsaan?
Jawapan: Anda boleh mengisi borang pendaftaran minat butang di bawah Pasukan kami akan menghubungi anda sebaik sahaja struktur keahlian rasmi dikemas kini.
S5: Siapa yang boleh menjadi ahli persatuan?
Jawapan: Keahlian terbuka kepada individu autistik, ibu bapa, penjaga, pendidik, serta ahli masyarakat yang mahu menyokong pergerakan inklusif ini.
S6: Bagaimana saya boleh menyokong atau memberi sumbangan kepada persatuan?
Jawapan: Anda boleh membuat sumbangan kewangan dengan klik butang di bawah atau mendaftar minat sebagai sukarelawan/rakan kerjasama.
"Anda tidak berseorangan dalam perjalanan ini."
Kami memahami cabaran dan keperluan ibu bapa serta penjaga individu autistik. Di sini, kami menyediakan rangkaian sokongan, bimbingan, dan ruang perbualan yang selamat untuk anda dan keluarga.



"Memperkasakan Pendidik, Membina Bilik Darjah Inklusif."
Pendidik memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang mesra dan menyokong potensi individu autistik. Kami menyediakan modul latihan, panduan praktikal, dan ruang kolaborasi untuk membantu tugas murni anda.


Jadi sebahagian daripada komuniti kami
Daftar minat keahlian untuk menerima maklumat lanjut apabila struktur keahlian rasmi dikemas kini.
Sokongan anda membuka ruang untuk lebih banyak penyertaan
Setiap bentuk sokongan boleh membantu membina komuniti yang lebih peka, berhubung dan inklusif.
Mari mulakan perbualan
Klik butang dibawah untuk berkongsi pertanyaan, cadangan atau minat kerjasama.