Majoriti anak autisme yang tidak masuk aliran perdana sering tercicir daripada sistem caruman EPF & SOCSO. Ibu bapa terpaksa menjaga mereka sehingga akhir hayat tanpa jaminan masa depan.
"Autism Factory mengenal pasti superpower mereka, menapis melalui pakar, dan menempatkan mereka terus ke industri yang relevan."
Kami bukan sekadar memberi latihan, kami membina laluan kerjaya mampan dan maruah sebagai individu berdikari.
BUKAN
Simpati
TETAPI
Kualiti
"Menjadikan autisme sebagai modal insan yang kompetitif di pasaran global."
Konsep Kami: Superpower
Kami tidak menggunakan sistem peperiksaan konvensional. Kami menggunakan pendekatan berasaskan bakat dan pemadanan industri.
Kenal Pasti Kelebihan
Setiap anak autistik mempunyai 'superpower'. Kami fokus mencari di mana kekuatan unik mereka berada.
Saringan Pakar
Mereka tidak perlu ambil exam bagai. Mereka akan ditapis oleh ahli dan pakar bidang untuk kesesuaian kerja.
Penempatan Industri
Dimasukkan terus ke dalam industri-industri spesifik yang telah kami kenal pasti sesuai dengan kemahiran mereka.
Capaian & Sasaran Kami
Langkah besar bermula daripada visi yang jelas dan berani.
Pembangunan Modal Insan
Sasaran melatih dan menempatkan tenaga kerja autistik mahir dalam sektor pembuatan dan teknikal.
Hab Industri Inklusif
Mewujudkan "Autism Factory Hub" di setiap zon utama (Utara, Selatan, Timur, Borneo) sebagai pusat latihan.
Sifar Kebergantungan
Matlamat jangka panjang agar anak autistik mampu menyara diri sendiri tanpa bergantung harap pada bantuan kekal.
100+
Potensi Peserta
15+
Rakan Industri
100%
Modal Insan
3+
Agensi Kerajaan
peluang penajaan
Syarikat anda boleh memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi ini. Sertai kami sebagai Rakan Strategik atau Penaja.
Dalam masa terdekat, kami akan membuka kembali pendaftaran. Kami sedang mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan untuk memastikan masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak ini.