Tentang Kami
Tuah Academy ialah platform pendidikan khas untuk ibu bapa anak autistik. Kami menawarkan modul berasaskan sains dan psikologi, dengan fokus pada komunikasi, tingkah laku dan perkembangan kendiri.
Misi kami: bantu ibu bapa jadi lebih yakin, cekap dan tenang dalam mendidik anak.
Kenapa Kami Wujud
Memberi pendidikan berasaskan bukti, sokongan praktikal, dan advokasi untuk keterangkuman sejati
Visi
Menjadi ruang yang selamat dan menyokong untuk ibu bapa, pendidik dan masyarakat memahami autisme dengan lebih mendalam melalui ilmu, pengalaman sebenar dan sokongan berterusan.
Misi
Kami percaya ibu bapa adalah pendidik pertama anak autistik. Misi kami adalah untuk memperkasakan mereka dengan ilmu, keyakinan dan kekuatan dalaman untuk terus melangkah.
Objektif My Autism
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autisme agar lebih memahami, menerima dan menyokong individu autistik.
- Kami membimbing individu autistik dan keluarga mereka dengan ilmu, strategi dan sokongan emosi yang praktikal dan mudah difahami.
- Kami memperjuangkan hak individu autistik yang berbakat agar diberi peluang adil untuk menyinar dalam kerjaya berprestij, setara dengan potensi mereka.
- Meningkatkan kesedaran tentang kelebihan individu autistik serta menerajui pendidikan yang membuka peluang kerjaya setara dan bermakna.
- Meningkatkan kesedaran majikan tentang potensi unik individu autistik dan bagaimana mereka boleh menyumbang secara bermakna dalam dunia pekerjaan
Perubahan Bermula Di Sini
Langkah kecil hari ini membawa perubahan besar untuk komuniti autistik
01
Ilmu autisme yang mudah difahami disampaikan dalam bahasa mesra ibu bapa, berasaskan sains dan psikologi, serta memberi fokus kepada kefahaman tingkah laku, komunikasi dan perkembangan anak.
02
Panduan praktikal untuk ibu bapa agar dapat membantu kendali tingkah laku, rutin harian dan komunikasi anak autistik secara berkesan.
03
Sesi motivasi untuk membantu ibu bapa bangkit semula dengan inspirasi, sokongan emosi dan komuniti yang memahami.
04
Komuniti sokongan aktif melalui Telegram dan WhatsApp untuk ruang selamat untuk ibu bapa berkongsi pengalaman, bertanya soalan dan saling menguatkan.
05
Akses kepada Program Tuah Academy serta maklumat kelas atas talian dan bersemuka, serta modul lengkap untuk ibu bapa yang ingin belajar secara lebih mendalam.
Langkah Bersama, Harapan Bersama
Sertai kami dalam memperjuangkan potensi dan hak individu autistik kerana setiap langkah bersama membawa perubahan.
