Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kami memohon sumbangan daripada pihak individu, syarikat, korporat untuk membantu keluarga anak anutism yang ingin menyertai sesi perkongsian autism yang akan diadakan pada 15 dan 16 November ini.
Anda boleh meletakkan sebanyak mana sumbangan yang anda mahu.
Sesi selama 2 hari itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang pada kedua-dua hari. Dan selalunya ada sesi kelas tambahan pada hari kedua sehingga pukul 11 malam.
Terdapat seramai 72 keluarga membuat peromohonan subsidi pengurangan mahupun pelepasan untuk penyertaan ke sesi ini.
Selama ini kami akan cuba sebaik mungkin untuk cover subsidi mengikut kemampuan kami, tetapi atas permintaan yang terlampau banyak, jadi, buat kali pertama, kami ingin memohon sokongan bantuan daripada orang awam.
Setiap sumbangan akan dibuat kepada Persatuan My Autism Kebangsaan dan penyumbang akan diberi resit rasmi bagi yang ingin memohon pelepasan cukai.
Setiap sumbangan akan diberikan detail keluarga mana yang mereka bantu sponsor dan setiap lebihan sumbangan akan di forward kepada keluarga seterusnya yang layak.
100% transparency.
Antara isi kandungan sesi adalah
Sesi ini amat berbeza daripada mana-mana yang lain, dari segi penyampaian dan teknik-teknik yang diberikan. Dan setiap explaination akan diberikan fakta dari segi sains, psikologi dan logik, yang mana boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat dan latarbelakang.
Anda boleh melihat testimoni di SINI
dari keluarga yang telah sertai program ini yang mendapat perubahan seawal SATU hari.
Bayaran adalah RM850 untuk satu keluarga selama dua hari dan minimum 12 jam itu. Tetapi bagi setiap keluarga, bayaran mereka adalah tertakluk kepada permohonan mereka berdasarkan declaration kewangan mereka melalui slip gaji atau dokumen berkaitan yang mereka hantar.
Untuk lebihan sumbangan, ia akan diberikan pada keluarga seterusnya yang mana akan diberikan detail tentang mereka kepada penyumbang.


