Sumbangan

Category:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami memohon sumbangan daripada pihak individu, syarikat, korporat untuk membantu kami menyediakan pusat operasi Persatuan My Autism Kebangsaan.

Pembinaan pusat ini adalah syarat untuk kami memohon bantuan dari institusi lain seperti zakat bagi membantu ibubapa anak autism yang tidak berkemampuan untuk menyertai kelas pembaikan anak autism.

Anda boleh meletakkan sebanyak mana sumbangan yang anda mahu.

Terdapat hampir seratus keluarga membuat peromohonan subsidi pengurangan mahupun pelepasan untuk penyertaan ke sesi-sesi kami.

Selama ini kami akan cuba sebaik mungkin untuk cover subsidi mengikut kemampuan kami, tetapi atas permintaan yang terlampau banyak, jadi, buat kali pertama, kami ingin memohon sokongan bantuan daripada orang awam.

Setiap sumbangan akan dibuat kepada Persatuan My Autism Kebangsaan dan penyumbang akan diberi resit rasmi bagi yang ingin memohon pelepasan cukai.

Scroll to Top